Wednesday, October 26, 2011

Kawal Kenaikan Harga Barang Ekoran Kenaikan Gaji Penjawat Awam

Kawal Kenaikan Harga Barang Ekoran Kenaikan Gaji Penjawat Awam

Mulai tahun depan kenaikan gaji penjawat/kakitangan awam akan ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred seperti yg diumumkan oleh Perdana Menteri dalam Bajet 2012 semalam beseta tambahan bonus setengah bulan gaji. Manakala pesara pula mendapat RM500.
Oleh itu kerajaan diminta mengalbil langkah mengawal peningkatan harga barang2 yang mungkin berlaku ekoran pengumuman kenaikan gaji kakitangan awam dan pemberian bonus.
Petikan Berita dari Bernama:
Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Lok Yim Pheng berkata jika perkara itu tidak dikawal, matlamat kerajaan untuk mengurangkan beban yang ditanggung penjawat awam tidak tercapai.
“Dengan kenaikan gaji ini, saya amat berharap kerajaan memberi penekanan kepada pengawalan harga barang keperluan harian,”
“Ini memberi peluang kepada penjawat awam untuk meningkatkan pengetahuan di samping mengekalkan prestasi kerja mereka,”
Mulai 2012, kerajaan dengan kerjasama institusi pengajian tinggi awam (IPTA) akan menawarkan 5,000 peluang pengajian peringkat ijazah sarjana dan 500 doktor falsafah (PhD) kepada penjawat awam yang layak termasuk guru dengan peruntukan RM120 juta.
Kerajaan juga akan memperkenalkan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) dengan matlamat mentransformasikan Perkhidmatan Awam Malaysia supaya menjadi organisasi yang lebih dinamik, responsif dan berorientasikan prestasi.
Najib berkata SBPA memperkenalkan prinsip perubahan radikal dalam pengambilan dan pengisian jawatan serta pembangunan kerjaya dengan teras pengekalan atau penamatan perkhidmatan penjawat awam berasaskan prestasi kerja.
Sementara itu, Lok yang juga Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan meminta kerajaan menimbang pemansuhan kutipan yuran persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) kepada mereka yang berpendapatan rendah.
“Saya cadangkan agar kerajaan memansuhkan kutipan yuran PIBG kepada keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM3,000. Ini dapat mengurangkan beban keluarga yang masih dalam kategori pendapatan rendah,”

Read more: http://nurizspace.com/2011/10/kawal-kenaikan-harga-barang-ekoran-kenaikan-gaji-penjawat-awam.html#ixzz1c04htI35

No comments:

Post a Comment