Tuesday, October 25, 2011

ISU KENAIKAN GAJI TAHUNAN SISTEM SARAAN BARU KAKITANGAN AWAM DALAM BAJET 2012

ISU KENAIKAN GAJI TAHUNAN SISTEM SARAAN BARU KAKITANGAN AWAM DALAM BAJET 2012 | Pembentangan Bajet 2012 sudahpun selesai. Kini isu mengenainya masih lagi rancak dibincangkan. Masing-masing masih keliru dengan salah satu pengumuman oleh PM berkenaan kenaikan gaji tahunan 7-13 peratus tu. Siapa yang dapat dan berapa yang diperoleh masih lagi menjadi tanda tanya.
SISTEM BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA)
  1. UMUR PERSARAAN 6O TAHUN ( OPSYEN )
  2. KENAIKAN GAJI 7-13%,( RM 80 HINGGA RM 320 )
  3. BONUS ½ BULAN ATAU MIN. RM500
  4. PERKHIDMATAN AWAM YANG DINAMIK,RESPONSIF DAN BERORIENTASIKAN PRETASI
  5. PELAKSANAN PROSPEK
Ada beberapa pengunjung blog ammboi yang bertanyakan isu ni. Sebagaimana dibawah adalah penerangan apa yang ammboi faham. Jika ada salah silap sama-sama perbetulkan dan harap menggunakan bahasa yang baik semasa online disini. Jangan mencemarkan imej kakitangan awam mahupun swasta hanya kerana ketidakpuasan hati anda tidak dilayani.
Kenaikan Gaji Tahunan antara RM80-RM320 telah diumumkan oleh PM untuk semua penjawat awam. Ia telah menambahbaik kenaikan gaji sebelum ini yang serendah RM40. Ini memungkinkan mereka yang Gred 1 menikmati kenaikan tahunan RM80 setahun. Manakala untuk lain-lain gred juga ada peningkatan sehinggalah Gred Tertinggi Jusa atau sebagainya RM320. Sebagaimana contoh dibawah :
CONTOH KENAIKAN GAJI TAHUNAN SISTEM SARAAN BARU KAKITANGAN AWAM DALAM BAJET 2012
Gred 1-16 :  RM80
Gred 17-26 :  RM120
Gred 27-40 :  RM160
Gred 41-48 :  RM220
Gred 52-54 :  RM260
JUSA A,B dan C :  RM320
Namun ini cuma andaian/spekulasi semata. Untuk pengesahan kita akan tunggu dan lihat perkembangan seterusnya nanti. Apapun kakitangan awam sewajarnya mensyukuri kenaikan ini dan semoga mutu perkhidmatan awam akan terus meningkat dan cemerlang sebagaimana saranan PM kita.

No comments:

Post a Comment